Saturday, May 30, 2009

Aktiviti menangkap ikan (mengocar)



Salah satu aktiviti yang aku amat minati sewaktu zaman aku kecil dulu ( sekitar tahun lima puluhan) ialah acara menangkap ikan berkumpulan atau lebih di kenali dengan istilah kampung 'mengocar'.

Aktiviti ini di jalankan pada masa Batang Muar atau lebih dikenali di kampung dengan nama 'temuar' air nya cetek. Kebiasaan nya dijalankan di masa orang kampung tidak kesawah samaada menunggu padi membesar atau pun lepas menuai. Orang dewasa yang memainkan peranan. Kami kanak kanak hanya berseronok main air mengikut rombongan mengocar dari ulu ke hilir.

Kaum ibu menggunakan tangguk tali (di perbuat dari tali ala jala) sementara kaum bapa menggunakan jala tebar. Kaum ibu mengacau serta menangkap ikan di tepi tebing sementara bapa menjala ikan yang dapat lari dari kepungan kaum ibu.

Arwah emak aku walaupun sakit asthma juga turut serta. Sesekali dia kena naik ke darat (pasir) untuk sedutan asap ubat asthma nya. Emak aku tak pakai tangguk. Dia cekap menggunakan tangan menangkap ikan dalam air. Bukanlan akau nak puji mak aku! Kalau tak caya tanya lah orang orang tua di kampungku. Selain tenggelam timbul dalam air tugas aku ia lah bawa keruntung (bekas ikan) untuk simpan ikan yang ditangkap olih abah atau emak aku.

Pada satu hari semasa aktiviti menangkap ikan ini berjalan, emak aku datang untuk simpan ikan yang baru ditangkap nya. Aku amat terkejut apabila dibawa seekor di tangan kanannya, seekor di tangan kiri nya dan seekor digigit. Rupa rupa nya tempat yang dia raba tu terlalu banyak ikan dan dia terpaksa gigit seekor untuk mendapatkan 3 ekor. Di zaman ini juga lah aku belajar menggunakan jala tebar.

Semua nya kini hanya tinggal kenangan. Emak dan abahku dah lama meninggal dunia. Sungai kesayangan kami itu pun dan cetek dan air gatal kerana ada kilang kilang di sebelah hulu yang mengalirkan sisa kedalam nya. Baung, sebarau, kalui, lampam serta udang galah yang dahulu nya membiak di sungai ini sudah pupus sama sekali. Inikah harga pembangunan?

3 comments:

  1. Arwah Mak Cik Icik sememangnya paling terror mengocar. Selalunya dialah yang paling banyak dapat ikan setiap kali kami mengocar. Kepakaran arwah ni memang semula jadi. Dan setiap kali ada aktiviti mengocar, dia memang tak miss pun bersama.

    ReplyDelete
  2. Antara peralatan2 yg digunakan oleh orang kampungku untuk menangkap ikan ialah;
    jala
    tangguk rotan (selalunya untuk anak udang)
    Tangguk tali
    jeramak
    tiruk
    pancing
    reban ikan (reban diperbuat dari buluh pimpin)

    ReplyDelete
  3. salam.. sungai temuar tu tompek den tu.. kau orang pilah ko? ... baru2 nih den balik kampung usha sungai nih nak mancing.. tapi hujan lobek.. tak jadik... kalau rajin tu masukalh blog den... pilahbest.blogspot.com ... tapi tulah.. dah lamo tak update.. sibuk sikitlah... wassalam

    ReplyDelete