Thursday, May 28, 2009

Tribute to 'ACAR'

Burung merbah

Semasa kecik-kecik dahulu, kami memang suka berpoya-poya dan menghabiskan masa memburu yakni menggunakan lastik dikawasan hutan di tepi Batang Muar dibelakang rumahku. Dari kumpulan geng memburu ini terdapatlah saorang kawan tu yang bernama "ACAR", dan dia ni memang terror sekali menggunakan lastik. Selalunya bidikannya adalah tepat sekali dan banyak habuan diperolehi setiap kali memburu itu. Kemasyurannya memang amat terserlah digulungan kami.

Biasanya burung-burung yang mampu kami dapat ialah burung merbah, kelicap dan kadangkala tu burung punai pun ada. Tengok nasiblah tu, kalau rezki baik memang malam tu merendang burunglah kami. Batang Muar memang tempat kami bermain pun, disamping melastik kami juga sering bermandi-manda disungai yang amat bersih airnya serta dingin pulak tu. Sesungguhnya ianya amat menyegarkan.

Seronok mandi terjun tiruk dan juga 'bercemporo' dalam sungai yang amat indah itu. Tempat favourite kami ialah di lubuk sungai yang bertentangan dengan 'Lubuk Dalam'. Disinilah selalunya lepas balik sekolah kami menjerit, melolong dan melompat kedalam sungai. Ianya lagi seronok bilamana ada pulak untaian urat2 yang boleh kami panjat dan berbuai-buai sebelum terjun ke dalam sungai.

Kini Batang Muar sudah sangat tercemar airnya dan sungainya pun sudah menjadi amat kecil kerana beberapa empangan telah dibuat di ulu sungai. Burung2 masih banyak terdapat ditepi sungai tersebut, namun air sungai yang amat sedikit dan tercemar pula tidak sesuai lagi untuk bermandi-manda dan terjun tiruk.

Acar atau 'MOHD KAZA BIN ALIAS' telah memasukki askar selepas tamat persekolahan dan kemudiannya terlibat dalam kemalangan jalan-raya dan telah meninggal dunia dalam usia yang amat muda lagi. Al-fatihah...

Kegemilangannya sebagai 'pelastik' handalan masih belum di atasi oleh sesiapa pun dikampungku. Namanya masih harum dan masih disebut sebut oleh orang2 di kampungku. Saorang pakar dalam buat lastik, meriam buluh dan juga pembidik lastik yang unggul.

1 comment:

  1. Arwah Acar adalah kawan baik ku jugak. Selalu main lastik dengan dia, dia banyak dapat burung. Aku tak dapat pun, burung yang tercedera dan tempang2 banyaklah aku hasilkan. Acar pun sangat kreatif dan artistik, hasil tangan dia sangat indah dan mengkagumkan, terutamanya dalam membuat sangkar burung, cabang lastik dan lain2.

    ReplyDelete