Sunday, August 22, 2010

Bulan Puasa


Teringat semasa bulan puasa dikampung dulu. Selalunya bulan puasa cukup seronok dilalui dan meriah sungguh, terutamanya semasa menjelang hari raya. Sepuluh hari terakhir bulan puasa memang dah berdentum dentam main meriam buluh. Murah jer masa tu, carbide harga 30 sen jer dah boleh dapat satu kati. Buluh aur pun banyak terdapat ditepi bonda atau tepi Sungai Muar tu. Maka berdentum dentamlah main meriam buluh dan berlawanan pula dengan orang seberang bunyi ledakan meriam tu.

Pada malam hari selepas berbuka, pergi surau Lebai Husin, mengerjakan sembahyang Isya dan juga terawih. Yang seronoknya semasa membaca doa diantara rakaat2 solat terawih tu...allahum massali mualaiiii...dengan jeritan yang kuat sekali! Rioh mesjid, dan Lebai Husin senyum saja, tak marah pun Tuan Guru mengaji Quran kami tu.

Pada setiap petang sebelum berbuka, ada orang jual air batu. Dia akan lalu dijalan depan rumah dan melaung....Air Batu!!!! Mesti beli punya, harga seketul seberat 1 kg tu cuma 10 sen jer, memang mampu sangat ibu-bapa kami membelinya. Sudah pasti masa berbuka tu memang seronok sekali meneguk air sirap...sejuk jer leher kami! Dahaga pun cepat hilang dengan ada air batu!

Pelita kami gunakan batang buluh yang direka khas untuk jadi pelita. Ianya dipasang seminggu sebelum hari raya. Seronok sungguh menyambut menjelangnya hari raya di kampung!

3 comments:

  1. Mengikut tafsiran Wiwikpedia, meriam buluh adalah dipanggil 'Big-Bang Cannon' dan seterusnya menghuraikan....
    How it works Calcium carbide (mixture 160, 16x80) mixes with water in the chamber of the cannon, producing acetylene gas. A few seconds after the gas forms, a spark is ignited which results in a loud "bang" or "boom".

    ReplyDelete
  2. Terima kasih AZ! Dulu kita bermula dengan meriam buluh jer, tetapi akhir2 tu pulak mula guna meriam-tanah. Meriam tanah lagi bergema bunyinya. Achar dan Jaafar yang pakar dalam hal ni!

    ReplyDelete
  3. Selalunya lepas sahor...dentum dentam sampai pagi!

    ReplyDelete